Kursus Merekod Sistem Kewangan

Tarikh : 18 Julai 2012
Cawangan : AIM Papar
Tempat :Beringgis Beach Resort Sdn Bhd.

Program ini melibatkan sahabat cina AIM Cawangan Papar. Tujuan kursus ini diadakan untuk memberi kemahiran serta pengetahuan dalam mengendalikan projek serta sumber bagi pertambahan punca pendapatan khusus kepada sahabat berbangsa cina.

Program ini telah dihadiri seramai 18 orang peserta. Sasaran peserta sebanyak 30 peserta ini secara langsung menyumbangkan kepada pencapaian penyertaan sebanyak 60%. Kehadiran peserta kurang menggalakkan, terdapat 12 peserta tidak dapat hadir. Setelah disemak, sahabat cina kebanyakkan golongan berusia, buta huruf dan masalah kesihatan. Program ini bermula pada jam 7.15 pagi sehingga jam 5.00 petang.

Program ini dapat dilaksanakan seperti yang dirancangkan dan pencapaian program ini mencatat sebanyak 99.78%. Diharap program ini dapat meningkatkan semangat sahabat dalam mengendalikan perniagaan masing-masing.

P/S Tiada gambar diambil semasa program dijalankan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan