I-MESRA
Skim Pembiayaan I-Mesra merupakan skim asas kepada pembiayaan AIM. Skim ini ditawarkan bermula dari pembiayaan pertama dengan jumlah maksima RM2,000 dan digunakan untuk membiayai projek ekonomi yang diyakini dapat memberi pulangan yang baik kepada Sahabat AIM tersebut.
Maklumat Pembiayaan
- Had maksima pembiayaan ialah RM19,900 serta tertakluk kepada syarat-syarat yang ditentukan.
- Tempoh pilihan bayar balik adalah antara 25 hingga 150 minggu.
- Kaedah bayar balik secara mingguan.
- Caj pengurusan 10% setahun atau 5% bagi tempoh bayar balik selama 6 bulan.
Syarat-syarat Khusus I-Mesra
- Sahabat layak mendapat I-Mesra kali pertama setelah disahkan dalam kumpulan dan pusat, selepas menjalani Proses Penurunan Kuasa dan Pengiktirafan kumpulan.
- Sahabat layak membuat pembiayaan I-Mesra kali kedua sekiranya peningkatan jumlah pembiayaan yang dipohon adalah kurang daripada RM3,000.
- Sahabat perlu memenuhi keperluan Asas Simpanan bagi I-Mesra melebihi RM10,000.
I-SRIKANDI
Skim Pembiayaan Ikhtiar Rezeki Srikandi (I-Srikandi) yang berasaskan konsep fast track adalah merupakan satu skim yang diperkenalkan kepada Sahabat yang mempunyai potensi projek yang berjaya dan berdaya maju. Skim ini juga bertujuan memberi segala kemudahan kredit kepada Sahabat lama tanpa perlu mencari modal tambahan daripada agensi kewangan lain. Melalui skim ini juga Sahabat layak membuat pembiayaan lebih daripada satu dalam tempoh beliau sedang meminjam sama ada melalui pembiayaan semula berkembar.
Maklumat Pembiayaan
- Had maksima pembiayaan ialah RM19,900.
- Tempoh pilihan bayar balik adalah antara 25 hingga 150 minggu.
- Kaedah bayar balik secara mingguan.
- Caj pengurusan 10% setahun atau 5% bagi tempoh bayar balik selama 6 bulan.
Syarat-syarat Khusus I-Srikandi
- Sahabat boleh mendapat pembiayaan I-Srikandi jika projek terdahulu yang dibiayai oleh I-Mesra berdaya maju dan memerlukan modal pembiayaan yang lebih besar (satu kali ganda dari pembiayaan terdahulu).
- Kelayakan Sahabat tertakluk kepada proses Keberkesanan Operasi Jumlah Sahabat Pinjam Tanpa Tunggakan di atas 80%.
- Kelayakan Sahabat tertakluk kepada kadar portfolio berisiko pada 0%.
- Sahabat mesti memenuhi Asas Simpanan bagi pembiayaan melebihi RM10,000
I-WIBAWA
Skim Pembiayaan Ikhtiar Rezeki Wibawa (I-Wibawa) merupakan satu skim pembiayaan yang ditawarkan kepada Sahabat yang sedang mengambil pembiayaan I-Mesra atau I-Srikandi. Skim ini diperkenalkan untuk memberi pinjaman yang mudah kepada Sahabat yang memerlukan tambahan modal untuk menjalankan projek secara bermusim atau peluang yang datang dalam tempoh masa yang singkat.
Maklumat Pembiayaan
- Had maksima pembiayaan ialah RM5,000.
- Tempoh bayar balik maksima adalah sehingga 6 bulan.
- Kaedah bayar balik sama ada mingguan, bulanan atau sekaligus.
- Caj pengurusan 10% setahun atau 5% bagi tempoh bayar balik selama 6 bulan.
Syarat-syarat Khusus I-Wibawa
- Sahabat boleh mendapat pembiayaann I-Wibawa apabila Sahabat memperolehi peluang projek ekonomi/perniagaan dalam tempoh jangkamasa singkat dan memerlukan sumber kewangan sekaligus dan cepat. Contoh : Perniagaan di musim perayaan atau kontrak/tender dari pihak Kerajaan /swasta yang terjamin bayaran baliknya.
- Sahabat yang sedang membuat pembiayaan ekonomi (I-Mesra atau I-Srikandi atau I-Wawasan) membuat bayaran balik mengikut jadual dengan sempurna.
- Sahabat yang sedang membuat I-Mesra kali pertama (di kalangan Sahabat baru) hendaklah sekurang-kurangnya telah membuat bayaran balik dalam tempoh 25 minggu dengan sempurna.
I-SEJAHTERA
Skim Pembiayaan Ikhtiar Sejahtera (I-Sejahtera) ini merupakan satu skim baru khusus untuk keperluan pelbagai seperti beli tanah, beli rumah, mesin, keperluan menunaikan haji, kenduri kahwin anak, pelaburan, tebus barang kemas dan lain-lain yang tidak melanggar undang-undang atau hukum agama.
Maklumat Pembiayaan
- Had pembiayaan yang boleh dipohon RM2,000 sehingga RM10,000.
- Tempoh pilihan bayar balik adalah antara 25 hingga 150 minggu.
- Kaedah bayar balik secara mingguan.
- Caj pengurusan 10% setahun atau 5% bagi tempoh bayar balik selama 6 bulan.
- Syarat-syarat Khusus I-Sejahtera
- Sahabat yang hendak mengambil I-Sejahtera mesti sudah mempunyai rekod pembiayaan ekonomi sekurang-kurangnya I-Mesra kali pertama dan telah membuat bayaran balik selama 25 minggu.
- I-Sejahtera bagi pusat yang memenuhi Keberkesanan Operasi (OE) 80% dan Portfolio Berisiko ditahap 0% layak mengikuti putaran di bawah :
Bil
Putaran
|
1
|
2
|
3
|
4
|
RM
Maksima
|
2,000
|
3,000
|
5,000
|
10,000
|
- I-Sejahtera bagi Keberkesanan Operasi (OE) kurang 80% dan Portfolio Berisiko (PAR) kurang 5% layak mengikut putaran berikut :
Bil
Putaran
|
1
|
2
|
3
|
4
|
RM
Maksima
|
2,000
|
2,000
|
2,000
|
2,000
|
- Sekiranya Portfolio Berisiko (PAR) melebihi 5% pinjaman ini akan dibekukan di pusat tersebut.
Program Kewangan Mikro Bandar
AIM menawarkan skim pembiayaan yang mudah (tanpa cagaran dan penjamin) dengan melibatkan golongan sasaran yang khusus, pemantuan yang rapi, pematuhan disiplin kredit yang tinggi, kakitangan yang profesional dan sokongan padu oleh kerajaan.
Kaedah yang digunakan oleh AIM terbukti berkesan dan berjaya mengeluarkan sejumlah besar isi rumah daripada belenggu kemiskinan di samping melahirkan ramai usahawan kecil yang berdaya saing. Kejayaan AIM selama lebih 20 tahun ini kini digunakan sepenuhnya untuk mengurangkan kemiskinan di kawasan bandar. Pelaksanaan Program Kewangan Mikro Bandar (PKMB) menjadi pelengkap kepada kaedah mikrokredit ikhtiar yang memberikan impak besar kepada program-program pengurangan kemiskinan.
Objektif
- Menggembleng potensi bekerja sendiri (self-employment) di kalangan isi rumah miskin dan golongan berpendapatan rendah.
- Menyebarluaskan pendekatan kewangan mikro AIM kepada golongan miskin dan golongan berpendapatan rendah di bandar.
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia
- Isi rumah di kawasan bandar yang berpendapatan di bawah RM2,000 sebulan atau perkapita di bawah RM400 sebulan.
- Memiliki aset tidak melebihi RM50,000.
- Taraf residensi melebihi 2 tahun di lokaliti kediaman atau lokaliti perniagaan.
Syarat-syarat Pembiayaan
- Pembiayaan tanpa cagaran dan penjamin.
- Bersetuju membentuk kumpulan 5 orang ahli dan menjalani latihan asas pembiayaan selama 5 hari (1 hari sejam).
- Bersetuju menubuhkan pusat.
- Menghadiri Mesyuarat Pusat setiap minggu.
- Bersetuju menyumbang 1% daripada pembiayaan ekonomi ke dalam Tabung Kumpulan.
- Bersetuju menabung dalam Tabung Kumpulan sebanyak RM5 seminggu.
- Bayaran balik secara mingguan.
- Mencarum dalam Tabung Khairat Hutang (TKH)
- Caj pembiayaan 1% sebulan
Pembiayaan Ditawarkan
Skim pembiayaan yang ditawarkan ialah secara berperingkat seperti jadual berikut :
Bil Peminjam
|
Jumlah Pinjam(RM)
|
Tempoh Bayar Balik (Bulan)
|
Bilangan Mingguan
|
Bayar Balik (RM)
|
Kali Pertama
|
3,000
|
3
|
12
|
258
|
6
|
25
|
128
|
||
12
|
50
|
68
|
||
Kali
Kedua
|
6,000
|
3
|
12
|
515
|
6
|
25
|
254
|
||
12
|
50
|
134
|
||
18
|
75
|
94
|
||
25
|
100
|
74
|
||
Kali
Ketiga
|
10,000
|
3
|
12
|
858
|
6
|
25
|
424
|
||
12
|
50
|
224
|
||
18
|
75
|
157
|
||
25
|
100
|
124
|
||
Kali
Keempat
|
15,000
|
3
|
12
|
1,287
|
6
|
25
|
636
|
||
12
|
50
|
336
|
||
18
|
75
|
236
|
||
25
|
100
|
186
|
||
Kali
Kelima
|
20,000
|
3
|
12
|
1,716
|
6
|
25
|
848
|
||
12
|
50
|
448
|
||
18
|
75
|
314
|
||
25
|
100
|
248
|