Halaman Utama

 AMANAH IKHTIAR MALAYSIA (AIM)


Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) ialah sebuah badan Amanah Persendirian yang ditubuhkan pada 17 September 1987 melalui Suratcara Perjanjian AIM dan didaftarkan di bawah Akta Amanah (Pemerbadanan) 1952 (pindaan 1981) (Akta 258). Penubuhan AIM adalah rentetan daripada kejayaan Projek Ikhtiar yang merupakan satu projek penyelidikan bertindak dilaksanakan oleh Pusat Penyelidikan Dasar, Universiti Sains Malaysia dari tahun 1986 hingga 1987 di Barat Laut Selangor. Penyelidikan bertindak ini yang diketuai oleh Profesor David S. Gibbons dan Profesor Sukor Kasim adalah untuk menguji Pendekatan ini menawarkan skim pembiayaan kredit mikro berpenyeliaan rapi kepada golongan miskin untuk mengusahakan sebarang kegiatan ekonomi berasaskan kemahiran yang dimiliki sebagai usaha menambahkan pendapatan keluarga.



Objektif AIM ialah :
  • Mengurangkan kemiskinan di kalangan isi rumah miskin dan berpendapatan rendah di Malaysia dengan menyediakan pembiayaan kredit mikro untuk membiayai kegiatan-kegiatan yang boleh menambah dan meningkatkan pendapatan.
  • Melahirkan usahawan daripada kalangan miskin dan berpendapatan rendah.
  • Menyediakan kemudahan kewangan, bimbingan dan latihan berterusan kepada usahawan-usahawan dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Untuk mencapai objektif tersebut, AIM menyediakan produk-produk berikut :
  • Pembiayaan Modal
  • Simpanan Wajib
  • Tabung Kebajikan dan Kesejahteraan Sahabat

VISI ORGANISASI

Untuk Menjadi Institusi Kewangan Mikro Yang Terunggul dan Diberkati Bagi Kesejahteraan Ummah.


MISI ORGANISASI
  • Menjadi Institusi Kewangan Mikro yang mapan pada tahun 2012.
  • Menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan kewangan.
  • Menjadi IKON dalam operasi kewangan mikro di peringkat antarabangsa.
  • Membangunkan program yang lebih komprehensif bagi membantu, membimbing dan memperkasa golongan berpendapatan rendah terutama bangsa Malayu dan Bumiputera lain.
  • Mencapai baki kini pembiayaan sebanyak RM5 bilion pada tahun 2015.
  • Meningkatkan kualiti perkhidmatan dan mewujudkan budaya kerja cemerlang.
  • Menyediakan kemudahan kewangan dan bimbingan berterusan kepada sahabat usahawan.
  • Memperkasa modal insan, menambah kekayaan dan mengagih pendapatan tambahan kepada sahabat melalui penubuhan Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia.
  • Melahirkan 30% daripada sahabat menjadi usahawan pada tahun 2015.
  • Menubuhkan Akademik Kewangan Mikro dan Keusahawanan pada tahun 2012.
  • Menyediakan Skim Perlindungan Takaful melalui pnubuhan Syarikat Insurans pada tahun 2012.

IKRAR KAKITANGAN

Kami yang diamanahkan membantu keluarga miskin berikhtiar menambah rezeki melalui pembiayaan ikhtiar yang dikeluarkan kepada mereka yang sanggup berusaha dan mempunyai projek yang sempurna tanpa mengira bangsa, agama, jantina, dan fahaman politik. Dalam tugas ini, kami bertindak secara amanah, tegas, bijaksana dan telus tanpa mementingkan keuntungan peribadi atau balasan dalam apa-apa bentuk sekalipun daripada ahli dan bakal ahli. Allah/Tuhan menjadi saksi segala yang kami lafazkan dan lakukan.



IKRAR SAHABAT

Adalah menjadi tanggungjawab kami kepada Allah untuk berikhtiar menambah rezeki, membantu ahli kumpulan dan pusat apabila mereka di dalam kesesakan, menggunakan keuntungan pembiayaan untuk mengeluarkan keluarga daripada kemiskinan, menggalak anak-anak terus bersekolah dan membayar balik pembiayaan setiap minggu. Allah menjadi saksi segala yang kami lafaz dan lakukan.