Bengkel Kemahiran Membuat Puding Kelapa dan Soya.


Tarikh : 23 Mei 2012
Cawangan : AIM Kudat
Tempat : Dewan Terbuka Pekan Karakit Pulau Banggi,Kudat,Sabah.


Bengkel kemahiran membuat puding kelapa dan soya berlangsung dengan sempurnanya.Pihak cawangan menyasarkan seramai 55 orang peserta yang hadir pada kali ini dan program tersebut mendapat sambutan seramai 54 orang. Program ini bermula pada jam 8.00 pagi hingga 5 petang.

Bengkel ini dimulakan dengan bacaan ikrar sahabat dan kakitangan AIM serta dirasmikan oleh PPC . Bengkel pada kali ini, dikendalikan oleh Puan Baniah juga merupakan tenaga pengajar pada kali ini. Sesi pagi adalah membuat puding kelapa. Penerangan bermula dengan menerangkan bahan-bahan yang diperlukan.Selepas itu,program diteruskan dengan menerangan cara-cara untuk membuat puding kelapa. Sesi selesai pada jam 12.30 pm. Pada sebelah petang pula,sesi membuat susu kacang soya yang berlangsung pada jam 2.00 petang seperti sesi sebelah pagi juga tenaga pengajar menerangkan tentang bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan susu kacang soya, setelah selesai menerangkan tenaga pengajar terus menunjukkan cara-cara membuat susu kacang soya.
Untuk meningkatkan kemahiran, latihan praktikal untuk peserta dilakukan. Sesi membuat susu kacang soya ini selesai jam 4.30 petang. Sesi berikutnya bermula pada jam 5.00 petang ia dikendalikan oleh PPC iaitu sesi maklumbalas berkenaan bengkel ini. Rata-rata peserta menyatakan bengkel ini dijalankan dengan baik.


P/S Tiada gambar diambil semasa program dijalankan

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan